Pengajian Jarak Jauh ( PJJ ) merupakan satu
corak pendidikan yang semakin penting dan popular dewasa ini. USM telah
memperkenalkan corak pendidikan ini sejak awal tahun 1970-an. UKM menawarkan
pelbagai kursus seperti Sarjana Muda Sains, Sarjana Muda Sastera( Komunikasi,
Psikologi, dan lain2) Diploma Pendidikan bermula sesi 1995/96. UM
memperkenalkan kursus SARJANA Muda Kejuruteraan dan Sarjana Muda Pengajian
Melayu bermula sesi 1996/97. UPM & UTM turut terlibat dalam program PJJ
demikian. PJJ melibatkan situasi yang mana guru dan pelajar berada di tempat
berlainan pd kebanyakan masa. Pelajarannnya disampaikan melalui modul2 kursus
& mereka dikehendaki lulus kursus2 tersebut dlm peperiksaan yg akan dijalankan
pd setiap semester. Ijazah atau diploma akan dianugerahkan kepada calon yg
lulus dlm peperiksaan.
Pengajian
Jarak Jauh ( PJJ ) ini mungkin memberi kebaikan, kelebihan serta peluang kepada
meraka yang sudah bekerja untuk belajar, dan beberapa kebaikan PJJ adalah PJJ
secara langsung membantu Negara melahirkan tenaga yang professional &
berkelayakan.Pelbagai bidang kursus ditawarkan seperti perniagaan,
computer, teknologi maklumat, kejuruteraan, sains mahupun sains sosial yang memenuhi
kehendak @ permintaan kelayakan di sektor awam & sektor swasta. PJJ
menyediakan banyak peluang pendidikan bg setiap lapisan masyarakat pelajar
boleh mengikuti kursus-kursus tertentu secara sambilan & di pusat-pusat
tertentu yang dekat dengan tempat tinggal atau kerja calon berkenaan. Syarat
kemasukan yang selesa, kelayakan minimum dan pengalaman kerja diambil kira.
PJJ memungkinkan pelajar mengadakan jadual
pembelajaran yg bersifat fleksibel. Pembelajaran dapat diselaraskan dengan komitmen
keluarga dan tugas harian. Penangguhan pelajaran boleh dilakukan dengan syarat
masa yang tertangguh itu akan digantikan kelak. Corak pembelajaran ini
mengurangkan tekanan di kalangan pelajar. PJJ menggalakkan pelajar berfikir,
kretif & berdisiplin. Corak pembelajaran PJJ memaksa pelajar banyak
berfikir utk menyelesaikan sesuatu permasalahan mahupun tugasan. Guru
memberikan bimbingan dr semasa ke semasa shj; harus banyak berbincang, merujuk
dan mengkaji secara persendirian.
Pun begitu, PJJ juga mempunyai beberapa kelemahan serta kerumitan yang
terpaksa pelajar hadapi seperti PJJ menyukarkan komunikasi 2 hala antara
pelajar dengan guru secara berkesan. Peluang perbincangan langsung pada tahap minimum kerana
mereka berada di tampat yg berbeza. Persidangan video & rakaman kaset
mahupun mesin faks mungkin boleh dieksploitasi sbg alat komunikasi, tetapi
teknologi demikian masih tidak dpt menggantikan keberkesanan komunikasi “face
to face” spt yg terdapat did lm bilik darjah. PJJ juga merumitkan usaha
mengadakan kerja kumpulan. Kesukaran utk mengatur masa2 yg sesuai utk menemukakan
pelajar2 bg sesuatu perbincangan; lokasi dan komitmen berbeza-beza. Kekerapan
pertemuan & tempoh perbincangan amat terbantas.
Proses
pembelajaran menjadi 1 pengalaman yang amat terasing & peribadi. Program ini merenggangkan jalinan
social kerana pelajar lebih mementingkan pencapaian & kemajuan diri. Keseringan
utk bertemu, berkongsi maklumat & berbincang amat terbantas. Perhubungan
pelajar dan tenaga pengajar kurang erat & mesra, dorongan & motivasi mahupun
kegiatan kaunseling kpd pelajar pada tahap minimum. Pencapaian pelajar dlm
PJJ amat bergantung kpd disiplin & daya tahan pelajar itu sendiri. Sikap
optimistik & kegigihan amat diperlukan untuk menyempurnakan kursus PJJ dalam
tempoh seperti yang terancang. Motivasi diri memainkan peranan dlm menentukan
kejayaan
Pengajian Jarak Jaun ( PJJ ) ini sememangnya
mempunyai baik buruknya yg tersendiri. Apa yang jelah ialah program ini tetap
menjadi semakin popular & mendapat sambutan drpd pelbagai lapisan
masyarakat. PJJ berperanan menambahkan bil tenaga mahir & professional di
pasran serta mempercepatkan proses pembangunan negara.Perancangan yg rapi harus
diadakan agar mutu dan pendidikan dpt dipertahankan. Tujuan negara dipenuhi
& bukan merugut keuntungan optimum drpd program ini. Apa pendapat anda?
Pada pendapat saya,Pengajian Jarak Jauh(PJJ) ini memberi lebih banyak kelebihan serta peluang kepada pelajar berbanding kelemahan.Seperti yang saya baca dalam ulasan di atas,PJJ secara langsung membantu Negara melahirkan tenaga yang professional & berkelayakan.Pelbagai bidang kursus ditawarkan seperti perniagaan, computer, teknologi maklumat, kejuruteraan, sains mahupun sains sosial yang memenuhi kehendak kelayakan di sektor awam & sektor swasta. Oleh itu,PJJ menyediakan banyak peluang pendidikan bg setiap lapisan masyarakat. Tambahan pula,PJJ memerlukan pelajar untuk memenuhi syarat kemasukan yang selesa, kelayakan minimum dan pengalaman kerja juga diambil kira. Dengan ini, boleh dikatakan corak pendidikan ini sangat mudah dan cepat untuk dijalankan dan saya yakin boleh mempercepatkan proses pembangunan negara dalam melahirkan tenaga yang professional & berkelayakan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteProgram Jarak Jauh, atau PJJ, sememangnya mempunyai keburukan serta kebaikan yang tersendiri, namun, bergantung kepada pelajar tersebut samaada ingin menentukan yang mana baik dan buruk. Seperti yang diperkatakan, pencapaian pelajar dalam PJJ amat bergantung kepada disiplin dan daya tahan pelajar itu sendiri. Program ini sebenarnya mampu untuk memberi ruang dan waktu yang secukupnya kepada para pelajar yang sedang bekerja atau yang sudah bekerjaya.
ReplyDeleteNAMA: MUBIN NAFIS BIN HAMIDON
NO MATRIK: A134241
Saya bersetuju dengan pendapat saudara mengenai Pengajian Jarak Jauh (PJJ)dimana terdapat kelebihan dan kekurangannya.Namun begitu,haruslah kita memandang kepada sudut positif akan program ini kerana belajar merupkan suatu amalan mulia dan sepatutnya kta menggalakkannya.Bagi masyarakat luar,kita seharusnya memberi mereka peluang untuk menyambung pelajaran mereka kerana peluang ada dimana-mana.
ReplyDeleteNAMA:NUR SALWANI BINTI MISLAN
NO MATRIK: A132969
PJJ dapat memberikan ruang kpd masyarakat untuk mnambahkan ilmu pengetahuan selpas mereka sudah berkerja. ia juga dpt memberi ruang kpd mereka yg sibuk dan tiada masa untuk melanjutkan pelajaran terutamanya kpd mereka yang telah brkahwin. PJJ adalah sgt penting kerana ilmu pengetahuan tiada berpenghujung dan byk memberi manfaat kpd kehidupan. tq
ReplyDeletepengajian jarak jauh mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. pada pendapat saya, hal ini bergantung kepada kesungguhan dan kegigihan individu yang mengambil program pengajian jarak jauh tersebut. sekiranya individu tersebut mampu dan sanggup untuk melakukannya, hal hal seperti proses pembelajaran menjadi terasing tidak akan menjadi hal. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
ReplyDeleteNORAMIRA SAZUKI
A133839
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePJJ sangat bagus bagi mereka yang berumur telah mempunyai pekerjaan tetap, telah mempunyai tanggungan yang perlu disara dan mahukan kenaikan pangkat. Jadi sepenuh masa tidak lagi sesuai untuk mereka.. jadi PJJ lah cara yang paling baik.
ReplyDeleteNAMA: MUHAMMAD FARHAD B. RAMLI
NO MATRIK: A135480
Bagi saya konsep PJJ ini memberi keuntungan/peluang kepada individu yang bekerja/berkomitmen untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus-kursus yang ditawarkan. Lagipun, tenaga kerja yang mahir dan lebih berpengetahuan boleh dilahirkan dengan cepat, dan ini boleh menambah kualiti pekerja-pekerja sektor awam dan swasta, lantas membangunkan produktiviti negara.
ReplyDeleteNama:Noor Amirah Binti Hazim
No.Matrik: A133953