Thursday, 3 May 2012

GE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEM 2 2011-2012 : RUTIN

cadangan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian.

1. Peranan tenaga pengajar : bagi seorang pelajar, kebanyakan masanya untuk menuntut ilmu secara formal dan akademik adalah di kuliah ataupun sekolah. Makanya, sebagai seorang pendidik, para tenaga pengajar harus tahu bagaimana untuk terus menarik minat pelajar untuk belajar, serta memberi mereka lebih kemudahan dan kefahaman. makanya sistem pelajaran yang banyak menggunkan papa tulis harus diubah dengan mengaplikasikan teknologi-teklogi terkini yang labih kondusif dan efektif dalam proses memberi dan mendapatkan ilmu di samping menjadikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan sebagai rutin yang sangat membantu dalam kehidupan seharian. Tenaga pengajar boleh menggunakan LCD, Komputer, Microsoft dan sebagainya sebagai pengganti papan tulis.

2. Kemudahan perkhidmatan jalur lebar : Kita sedia maklum dengan fenomena dunia di hujung jari, namun tanpa wujudnya perkhidmatan internet, menakluki dunia mungkin memakan tahun untuk membelek buku sahaja. Perkhidmatan jalur lebar ini sepatutnya disediakan di serata tempat bagi memudahkan pelbagai urusan dan terutamanya dalam penyebaran ilmu, melalui perkhidmatan jalur lebar ini, pelajar mahupun sesiapa sahaja boleh membuka mana-mana laman sesawang untuk mencari maklumat yang mereka perlukan dan ini pastinya akan memudahkan lagi proses penyebaran dan pertukaran maklumat dan menjadikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan sebagai rutin harian.

3. Portal pembelajaran : melalui portal pembelajaran ini, pelajar akan lebih mudah untuk mendapatan nota-nota, maklumat mahupun membuah latih tubi. portal pembelajaran biasanya akan menyediakan bahan-bahan maklumat yang biasanya terdapat dalam buku rujukan, serta latihan, dan mungkin juga imej atau video yang membolehkan pelajar lbih memahami akan suatu permasalahan. Portal pembelajaran harus lebih digiatkan dan dikembangkan, kerana di sinilah para pelajar akan mengambil masa mereka sendiri untuk belajar sekaligus menjadikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan sebagai rutin.

4. Sesi pembelajaran yang berinteraktif dan komunikatif : maksudnya, melalui teknologi dan inovasi, para pengajar akan selalu dapat mengawasi pelajar mereka walau tanpa kehadiran mereka di kelas. Proses pembelajaran juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa perlu membuat temujanji antara pendidik dan pelajar untuk bertemu, mereka boleh beriteraksi melalui pangilan video atau laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan sosial untuk berhubung. melalui laman sesawang ini juga, tenaga pengajar dapat meninggalkan nota, latihan mahupun pesanan kepada semua pelajar dengan lebih mudah dan pelajar juga tidak perlu membeli nota untuk membuat rujukan.

5. Peranan media massa : dari dahulu hingga umum tahu media massa banyak memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat atau berita. Di sini, dalam menjadikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan sebagai rutin, media massa juga harus memainkan peranan dalam mempromosikan dan memberi kesedaran akan peri pentingnya bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan kepada umum. Media massa juga boleh memberi info tentang cara penggunaan dan sebagainya untuk memudahkan pengguna.

Nama sebenar : azri bin abdullah
Nombor Matrik : A133875
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : FST
Email : eri_vochelle91@yahoo.com
Facebook : Aie Azri
url youtube kreatif & inovatif dalam Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan :
-http://www.youtube.com/watch?v=M2N-uDMCot4&feature=pyv
-http://www.youtube.com/watch?v=mzi2RIt8_nk

No comments:

Post a Comment